Saturday, 30 August 2014

SEJARAH

Gambar 1 : Peta Dunia

Asal usul gambus bermula daripada kedatangan pedagang dari Timur Tengah pada zaman kesultanan  Melayu Melaka sekitar tahun 1800 dan menjadi terkenal di Tanah Melayu terutamanya di negeri Johor. Pada abad ke 19, para pedagang dari Arab menjalinkan hubungan perdagangan menerusi Kepulauan Indonesia seperti di Surabaya dan Betawi dan kemudiannya berkembang ke Singapura dan negeri Johor  pada awal abad ke 20. Para pedagang dari Arab telah membawa seni muzik mereka iaitu gambus atau ‘ganun’ ke negeri Johor pada abad ke 20.  Budaya yang dibawa oleh masyarakat Arab telah memperkenalkan gambus kepada masyarakat di Tanah Melayu.
  
Bahagian-bahagian gambus:

Gambar 2 : Kepala gambus.
Kepala gambus diperbuat daripada kayu jambu batu kerana ia merupakan kayu jenis baik dan mudah untuk dibentuk serta diukir.

Gambar 3 : Badan gambus.
Badan gambus diperbuat daripada kayu jati dan kayu seraya kerana mempunyai kualiti yang baik serta tahan lama.


Gambar 4 : Kerawang.
Terdapat pelbagai hiasan atau corak yang berbentuk kerawang ada pada lubang gambus terutamanya corak kerawang yang bermotifkan flora dan geometri.


Gambar 5 : Penutup gambus.
Penutup gambus merupakan muka depan bagi gambus. Motif kerawang ditampal pada penutup gambus untuk menampakan lubang gambus yang lebih menarik.

 Gambar 6 : Belakang gambus.
Belakang gambus seakan-akan sama seperti telur yang bujur dan buah pear.


Gambar 7: Kekunci pemutar gambus atau telinga.
Kekunci pemutar gambus unik kerana diperbuat daripada pokok jambu batu supaya ia tahan lama.


Gambar 8 : Tali gambus.
Tali yang digunakan pada gambus untuk dipetik dan mengeluarkan bunyi seperti yang digunakan pada gitar.
.

Gambar 9 : Kekuda.
Digunakan untuk sebagai tempat untuk melilit tali gambus.


Gambar 10 : Hiasan.
Digunakan sebagai hiasan pada hadapan gambus terutamanya pada bahagian bawah. 


Gambar 11 : Tapak gambus.
Digunakan sebagai tampak untuk meletak gambus diatasnya.




GAMBUS : ALAT MUZIK TRADISIONAL NEGERI JOHOR

LATAR BELAKANG

Gambar : Gambus Johor

Gambus adalah sebuah alat muzik tradisional yang mempunyai 12 atau 13 tali pada badannya dan boleh dipetik seperti gitar. Gambus Johor mempunyai keunikan yang tersendiri dari segi reka bentuk, reka corak dan sejarah kewujudan alat muzik tradisional di negeri Johor. Gambus Johor juga mempunyai nilai kebudayaan yang tinggi dalam masyarakat Melayu. Gambus Johor juga mempunyai keunikan yang tersendiri kerana ia dapat mengimbas kembali memori lama kepada meraka yang menghargai muzik tradisional kepada generasi yang akan datang.