Asal usul gambus bermula daripada kedatangan pedagang dari Timur Tengah
pada zaman kesultanan Melayu Melaka
sekitar tahun 1800 dan menjadi terkenal di Tanah Melayu terutamanya di negeri
Johor. Pada abad ke 19, para pedagang dari Arab menjalinkan hubungan perdagangan
menerusi Kepulauan Indonesia seperti di Surabaya dan Betawi dan kemudiannya
berkembang ke Singapura dan negeri Johor
pada awal abad ke 20. Para pedagang dari Arab telah membawa seni muzik
mereka iaitu gambus atau ‘ganun’ ke negeri Johor pada abad ke 20. Budaya yang dibawa oleh masyarakat Arab telah
memperkenalkan gambus kepada masyarakat di Tanah Melayu.
Bahagian-bahagian gambus:
Gambar 2
: Kepala gambus.
Kepala gambus diperbuat
daripada kayu jambu batu kerana ia merupakan kayu jenis baik dan mudah untuk
dibentuk serta diukir.
Gambar 3
: Badan gambus.
Badan gambus diperbuat
daripada kayu jati dan kayu seraya kerana mempunyai kualiti yang baik serta
tahan lama.
Gambar 4
: Kerawang.
Terdapat pelbagai hiasan
atau corak yang berbentuk kerawang ada pada lubang gambus terutamanya corak
kerawang yang bermotifkan flora dan geometri.
Gambar 5
: Penutup gambus.
Penutup gambus merupakan
muka depan bagi gambus. Motif kerawang ditampal pada penutup gambus untuk
menampakan lubang gambus yang lebih menarik.
Gambar 6
: Belakang gambus.
Belakang gambus seakan-akan
sama seperti telur yang bujur dan buah pear.
Gambar 7:
Kekunci pemutar gambus atau telinga.
Kekunci pemutar gambus unik
kerana diperbuat daripada pokok jambu batu supaya ia tahan lama.
Gambar 8
: Tali gambus.
Tali yang digunakan pada
gambus untuk dipetik dan mengeluarkan bunyi seperti yang digunakan pada gitar.
.
Gambar 9
: Kekuda.
Digunakan untuk sebagai
tempat untuk melilit tali gambus.
Gambar 10 : Hiasan.
Digunakan sebagai hiasan pada hadapan gambus terutamanya pada bahagian
bawah.
Gambar 11 : Tapak gambus.
Digunakan sebagai tampak untuk meletak gambus diatasnya.
TQ.. sgt membantu.. :)
ReplyDelete